Assalamualaikum, Bismillahirrahmanirrahim ♥
Hari ini hari jumaat. Alhamdulillah dapat sehari ganti puasa sebelum ke tanah suci untuk menunaikan umrah. Pasport dan visa semua sudah selesai. Terima kasih ibu, belanja kami empat beradik untuk ke sana. InsyaAllah, ada rezeki akan melawat pusara arwah ayah di sana. Jika tiada rezeki, rasa dekat dengan arwah ayah pon zaty dah bersyukur :)
Tapi memang orang ramai pesan. Banyak dugaan yang kita akan lalui. Tak kira lah sebelum pergi atau semasa di sana. Dugaan ini untuk kita belajar lebih bersabar. Dan hari ini zaty laluinya. Subhanallah :'(
Ibu : Adik, lepas solat asar nanti kita siap siap keluar ya?
Zaty : Ok, adik mandi dulu.
Ibu : Adik nak buka puasa apa?
Zaty : Nak makan bakso. Boleh?
Ibu : Boleh, nanti ibu belanja.
Lepas beli bakso, Ibu masuk kereta.
Ibu : Tadi orang kedai bakso tanya pasal ibu. Kenapa dah lama tak nampak. Ibu cerita lah ibu pergi mekah. Ayah meninggal kat sana.
Zaty : Yeke. Ingat dia kat ibu. *toleh ke kiri sebelum nak masuk jalan*
Confirm tak ada kenderaan lain di belakang. Zaty pon masuk ke jalan. Baru berapa saat. Panggggggggggggggggggggggggg! Kereta yang zaty drive dah berlanggar dengan lori. Tergamam......... Subhanallah. Terdetik dalam hati. Kenapa aku lihat tadi tak ada langsung kenderaan. Kenapa tiba tiba ada lori. Kenapa Ya Allah. Subhanallah. Berhenti kat tepi. Zaty tak henti henti beristighfar dalam hati.
Pakcik : Kenapa ni. Macam mana boleh excident. Benda ni boleh insurans.
Ibu : Dia tak perasan ada lori tadi. Insurans lama kan nak selesai. Tuan punya kereta ni baru meninggal. Tak apalah nanti hantar kedai betulkan je.
Menitis air mata. Memang zaty tahu. Ibu mampu nak betulkan. Tapi rasa serba salah dah susahkan ibu. Subhanallah. Maafkan adik. Teruk juga lah bahagian depan kereta. Semua pujuk zaty untuk berhenti menangis. Tokmon pesan " Jangan menangis. Ini dugaan sebelum ke tanah suci. Banyakkan bersabar. Duit boleh dicari. Nyawa tak ada ganti. "
Redha dengan takdir dan ketentuan Allah. Alhamdulillah, masih dapat teruskan hidup. Ya Allah permudahkanlah urusanku. Amin.....
kak zaty . takziah ea tntg ayah akak . maaf lambt ucpkn . akak bnyk bersabar ea ? Allah uji sebb Allah syg akak . akak beruntung :) sabar ea kak ?
BalasPadamTerima kasih. InsyaAllah sayang :')
BalasPadamtabahkan hati sayang ;)
BalasPadamTerima kasih. InsyaAllah sayang :')
BalasPadam