Thanks dear.

Rabu, 2 Januari 2013

Semoga langkah ini akan lebih indah :)

Assalamualaikum, Bismillahirrahmanirrahim 

Alhamdulillah, 2013 sudah datang dan 2012 sudah melabuhkan tirainya. Umur kian meningkat. Amal pula bagaimana? tepuk kepala tanya diri :) Pejam celik pejam celik sekejap sahaja rasanya dah nak hujung semester 1. Tapi sikit pon tak cerita life kat UPSI. Ok. Malam ni curi-curi online. Tolak buku sekejap. Kita cerita pasal UPSI. Bukan pasal sejarah UPSI. Itu boleh google sendiri. Tapi life zaty kat sini :)

Cerita bermula melangkah kaki kat UPSI. Terasa asing sangat. Bertubi-tubi soalan mengalahkan machine gune >.<

" Apa yang Tanjong Malim ada? "

" Makan mana best? "

" Naik bas kena berebut-rebut tak? "

" Wifi ok ? "

" Almari besar tak ? "

Banyak-banyak tanya almari? Biasalah perempuan. Bawa baju macam nak tinggal kat UPSI selamanya. Last-last pening macam mana nak bawa balik semua barang-barang yang menimbun. Rasa nak sewa lori. Tapi betul lah kata senior, lama-lama rasa jatuh dah hati kat UPSI. Maybe sebab keindahan dan ketenangan kampus yang dikelilingi banjaran titiwangsa. Selalu pulak tu hujan. Mencabar mental dan fikizal bakal-bakal cikgu. Nak tidur ke nak study. Nak tidur ke nak pergi class. Tapi student UPSI jiwa kental, tetap pergi class. ( Puji bukan main melambung. Haha )






Indahkan? Subhanallah. Rasa nak bina rumah kat dalam kampus ni je. Haha. Btw, UPSI memang selamanya dihati. Next? Sambung cerita pasal family kat UPSI. Alhamdulillah, Ada nya family yang memahami kat UPSI ni. Hilang sikit rasa kedukaan dan kesedihan. Lagi-lagi lepas arwah ayah pergi tinggalkan zaty. Rasa macam hilang sebelah kaki. Family kat UPSI ni lah yang gembirakan zaty yang papah zaty bila zaty sedih. Terima kasih sangat-sangat. Kepada Family tersayang yang Hot Fm, terima kasih selama ni bagi semangat kat Angah, Please stay with me forever :')



Dari kiri Acu, Along, Umi dan Anty Fiq :)



Ada macam telenovela tak? Haha.
Yang belakang Zaty dan Acu.
Yang duduk Umi dan Anty Fiq.
Yang kat lantai tu Along dan Abang Long.








                                                             Roomate zaty, Wani.
                                                                 Sayang awak :')

Ikutkan hati nak masukkan semua gambar. Tapi nanti panjang sangat pulak entry. Hehe. Ok next. Hurm apa lagi? Oh ok. Rumah pulak. Haha. Satu rumah ada 3 bilik and satu bilik 2 orang. So satu rumah 6 orang. Bilik alhamdulillah lah selesa. Yang penting ada tempat berteduh dan tempat tidur :)










So yang bakal intake untuk this february and dapat Kolej Ungku Omar. Dah boleh bayang and mimpi ya bilik, bilik air and almari korang macam mana. Lagi lagi perempuan. Haha.
Next? Ok mestilah cerita pasal tuan punya badan. Dah lama tak post gambar kat blog :)




Alhamdulillah, sejak ayah pergi. Zaty mengambil langkah yang drastik untuk melakukan apa yang sepatutnya zaty lakukan sebagai seorang muslimah dan sebagai anak bongsu kesayangan ayah. Bila orang tanya kenapa zaty berubah? Zaty just boleh cakap. Zaty sayang ayah :') Selama ni ayah dah buat macam macam untuk zaty. Dia seorang ayah yang sangat perfect! Tapi zaty x sempat balas jasa dia untuk dia tengok zaty jadi cikgu. So cara macam ni jela zaty boleh buktikan yang zaty sayangkan ayah, zaty kena berubah :')




Kalau korang masih boleh peluk dan ada ayah. Tapi zaty tak. Zaty dah tak ada ayah. Zaty cuma ada ini sahaja barang kepunyaan ayah untuk zaty lepaskan rindu kat ayah. Rindu yang tak dapat diluahkan sangat menyiksa. Cuma air mata yang dapat menghuraikan segalanya.
Ok. Itu sahaja lah cerita life zaty kat UPSI ni. And now tengah final exam. Jika ada salah silap, harap dimaafkan ya. Semoga berjaya juga kepada semua 

Wasalam.

P/s : 3 januari ni birthday ibu. Rasa nak balik muar je peluk ibu. Happy birthday ibu. Sayang ibu!

6 ulasan:

  1. owhh. stdy upsi ek. bakal cekgu la nie. same with me ! hee. tp akak bakal ckgu bm n moral :)

    zaty sastera ek? wahhh2. bersastera selalu la ek. hee. Btw, gud luck 4 final ya ! ;)

    moga terus tabah. Inshaa Allah ^^

    BalasPadam
  2. sama upsi ke? wahhhhh. hehe. major sastera but minor nanti bm.
    hehe tu lah. nasib x berpuitis kat sini.
    InsyaAllah sis. Thanks :)

    BalasPadam
  3. salam zaty, akhirnya keluar jugak entry baru dia... tahniah bakal jadi cikgu. jom la join akak ngajar kat tioman ni nanti. sejuk hati tengok perubahan zaty. you are going through the same path that i have been. kuatkan iman, kuatkan hati. Allah uji sbb syg kita. Salam sayang~

    BalasPadam
  4. salam sis. Dah lama kan zaty tak update blog. hehe. terima kasih kak. InsyaAllah. Best tak kat tioman? Hehe. Alhamdulillah. Again InsyaAllah, zaty cuba kuat. salam sayang untuk akak juga :)

    BalasPadam