Thanks dear.

Selasa, 30 Oktober 2012

Ayah, Adik sayang ayah!

Assalamualaikum, Bismillahirrahmanirrahim 

Ketika umur 20 tahun ni. Zaty belajar sesuatu pengalaman yang baru. Pengalaman yang tidak mungkin zaty lupakan.

Pada 19.10.12 hari jumaat, zaty dapat panggilan telefon kakak.

kakak : Adik raya haji tahun ni kita tak sambut dengan ayah ibu.
zaty : kenapa?
kakak : Ayah ibu dapat panggilan haji, panggilan terakhir.
zaty : Bila ayah ibu pergi?
kakak : Mungkin ahad atau isnin ni.
zaty : kenapa ayah ibu tak bagitahu adik?
kakak : Kak ayu pon baru tahu ni. Ayah ibu tengah sibuk uruskan. Adik nak balik muar tak?
zaty : Sabtu ada kelas, macam mana ni. Hurm.
kakak : Kalau macam tu tak apa lah, Adik hantar ayah ibu kat KLIA je.
zaty : Hurm, yeala. *menangis*

Zaty menangis sangat sangat. Rasa berat hati nak terima berita ayah ibu pergi haji. Sebab terlalu cepat. Zaty semangat nak pulang raya haji. Tiket nak balik ke muar pon dah beli seminggu awal. Macam macam nak buat dengan ayah ibu bila zaty pulang nanti. Dah sebulan lebih tak balik muar. Subhanallah Sedihnya! Pada 20.10.12 hari sabtu, panggilan kedua dari kakak.

kakak : Adik jom balik muar, ayah ibu suruh balik sebab nak serahkan barang barang.
zaty : Kelas adik pagi ni macam mana? Adik balik naik ktm ke sampai kl sentral?
kakak : Ponteng jela. Nanti kak ayu ambil adik kat kl sentral. Ok?
zaty : Ok. jumpa nanti.




lepas letak je call kakak. Terus menangis. Rasa sebak sangat. Entah kenapa hati ni rasa sedih sayu. Zaty kat bilik masa tu dengan roomate.

roomate : Kau pergi kemas barang kau cepat balik sekarang.
zaty : aku banyak benda nak buat weekend ni. nak balik ke nak pergi KLIA je?
roomate : Baik kau balik. Aku bukan nak takutkan kau. Aku takut kau tak sempat jumpa salah seorang nanti. Baik kau balik sekarang.

Bila dengar roomate cakap macam tu. Hati rasa tak sedap. Bangun solat subuh terus siap siap balik ke muar. Bila sampai kat rumah. Tetamu ramai melawat ayah ibu. zaty pon banyak duduk bilik ayah ibu tolong kemaskan barang barang ayah ibu. Ibu kemas barang dia sendiri. Tapi zaty kemaskan barang ayah.

ayah : Adik, Tolong ayah ye, Tolong ayah kemaskan barang ayah.
zaty : Ye, adik kemaskan.

Suara ayah sayu sangat. Buat hati ni sebak. Tetamu tak henti henti datang. Yela, sebab ayah ibu pon dapat panggilan terakhir. Semua terkejut ayah ibu dapat pergi haji. zaty pon x sempat berbual dengan ayah ibu, sebab ayah ibu sibuk layan tetamu. Malam yang ada bola kelantan lawan atm tu. Ayah ada datang duduk tengok tv sekejap. Masa tu ayah diam je. Selalunya zaty dengan ayah tengok berdua menjerit jerit. Tapi kali ni beza. Mungkin ayah penat agaknya. Dari hari jumaat sampai ke hari ahad, ayah ibu masih tak tahu bila tarikh penerbangan mereka. Cuma visa dari arab dah diluluskan. Risau jugak kalau ayah ibu tak dapat pergi haji. 

Pada 21.10.12 hari ahad, petang tu kami semua satu family berbincang. ayah ibu dan zaty ikut gerak pergi ke KL dulu. Walaupun tak tahu bila tarikh penerbangan. Tapi sekurangnya ayah ibu dapat berehat dan dekat nak ke airport. So, malam tu gerak ke KL. Dalam kereta zaty menangis. Yela, anak bongsu. Adik beradik yang lain dah ada keluarga sendiri. Abang yang atas zaty yang belum kahwin pon lelaki. Mesti dia ok. Tapi zaty tak. zaty memang rapat dengan ayah, manja sangat dengan ayah. Bila dia jauh mesti zaty rindu. 

Pada 22.10.12 hari isnin, pagi tu zaty balik ke upsi. Lagipun ayah ibu still x tahu bila tarikh penerbangan nya. Balik je dari kelas pagi tu. kakak mesej, cakap esok pagi ayah ibu akan bertolak ke jeddah dari KLIA. Alhamdulillah. Harapan ayah ibu nak jadi tetamu Allah, akhirnya tercapai jugak. Malam zaty ada kelas sampai pukul 10 malam. Kakak zaty ambil kat UPSI then balik ke KL balik. Sampai je rumah kakak dah lewat malam, ayah ibu dah tidur. Tak dapat berbual. Tak apalah. Esok kan ada.


Pada 23.10.12 hari selasa, Pagi pagi lagi dah gerak ke KLIA. Sampai je dah ramai jemaah haji yang sama pakej haji dengan ayah ibu kat sana. Kami sempat bergambar sekeluarga. Kami anak anak ayah ibu berharap agar ayah ibu dapat menunaikan ibadah haji dan selamat pulang ke malaysia. Sebelum balik, zaty sempat cium ayah dan pelok ayah. masa tu ayah tak cakap apa apa. ayah hanya menitiskan air mata. Subhanallah, Sayunya hati! 



Pada 24.10.12 hari rabu, pagi tu ayah ada mesej. Alhamdulillah dah selamat tiba di sana. Rindunya kat ayah masa tu. Petang tu dapat pangilan daripada abang zaty. Tersentak bila dengar abang zaty cakap " Kita dah tak ada, Ayah dah tak ada ". 

Subhanallah. Kenapa semua nya berlalu sangat pantas. Semalam baru zaty pelok cium dia. Tapi hari ini ayah dah pergi. Pergi tinggalkan zaty buat selamanya. Tak pernah terfikir akan kehilangan ayah ketika usia sebegini. Rasa tak percaya, rasa masa tu macam mimpi. Siapa lagi nak manjakan zaty bergurau dengan zaty. Sedihnya :'(

Buat ayah,
Adik sentiasa mendoakan ayah disana.
Beruntungnya ayah.
Ayah pergi tinggalkan kami.
Ayah bersemadi di tanah suci mekah buat selamanya.
Ayah dalam keadaan ihram.
Subhanallah, Beruntungnya ayah.
Insyallah, Apabila tiba hari kebangkitan nanti.
Ayah di bangkitkan diantara yang terawal.
Ayah berpakaian ihram dan sentiasa bertalbiah.
Beruntungnya ayah.

Ayah,
Rasanya baru semalam adik belajar mengaji dengan ayah.
Rasanya baru semalam ayah nasihat tentang agama.
Rasanya baru semalam adik peluk dan cium ayah.
Walaupun rasa tidak puas ber "ayah" .
Ayah tak sempat melihat adik jadi cikgu.
Ayah tak sempat menjadi wali adik.
Adik redha akan pemergian ayah.
Adik redha akan kententuan Allah.
Allah lebih menyayangi ayah.
Semoga ayah ditempatkan dikalangan orang yang beriman.
Adik sayang ayah!

Buat ibu,
Ibu kuatkan hatimu.
Kami putera dan puteri mu ada disisimu.
Semoga kuat ibu disana untuk teruskan seruan ilahi.
Semoga selamat pulang.
Insyallah, Kita bersama akan melawat pusara ayah.
Jika diizinkan Allah, Insyallah.
Adik sayang ibu!

Kenangan bersama ayah, sentiasa tersemat di hati.
Adik sayang ayah, Adik rindu ayah :')

Wasalam.




19 ulasan:

  1. ayah zaty beruntung.. be strong okey sayang,..

    BalasPadam
    Balasan
    1. insyallah acu. Stay with angah ok? Im really need u :')

      Padam
    2. okeyy,..don't worry angah sayang,.. :)

      Padam
  2. zaty kuatkan smgt ok..selalu sedkahkan Al-fatihah utk ayah. Sedih sgt bc entry ni.akak mnangis walapon x kenal rapat dgn zaty.Alfatihah. semoga arwah ayah adik sentiasa tenang bersemadi ditanah suci.arwah insan terpilih menjadi tetamu tetap Allah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Insyallah sentiasa doakan untuk ayah. Terima kasih sis <3

      Padam
  3. Sayangg, i miss you! em tak dpt bayangkan klau ca dlm situasi akak skrg. Sorry tak dpt melawat akak. dan tak dpt pelok akak! ca rindu akak. masa akak da blek muar tu, rumah ca sebok ngan kenduri. plus, pergi KL ngan family. ;(

    BalasPadam
    Balasan
    1. Miss u too. Its ok ca. akk faham. Jangan risau, family akk ada :)

      Padam
  4. salam dik...
    terharu dan sedih akk membacanya..
    bertabahlah atas kehilangan ayah adik di dunia ini,
    dan bersyukurlah kerana ayah adik terpilih utk menjadi tetamu
    Allah yang diambil nyawanya di sana..

    BalasPadam
    Balasan
    1. salam kak,
      kat sini jelah dapat luahkan selain doa setiap kali solat. alhamdulillah, adik redha akan pemergian ayah :')

      Padam
  5. salam zaty, sayu baca entry zaty kali ni.
    hope zaty tabah, kita tau bukan senang nk terima kehilangan seorg ayah, lg2 zaty anak yg plg rapat. tp zaty jgn sentiasa sedih n murung. Allah lebih sygkn ayah zaty n arwah seorg yg sgt bertuah. zaty bykkn doa ye. ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. salam atiqah,
      Terima kasih. Insyallah zaty sentiasa doakan untuk ayah. memang ibu kat mekah sekarang pon selalu pesan kat zaty suruh ngaji untuk ayah :')

      Padam
  6. Al-Faatihah.. kuatkan semangat ye akak . InsyaAllah ayah akak ditempatkan dikalangan orang yang beriman.

    BalasPadam
  7. nk mnangis kite bce..sdih sgt..apetah lg zaty..kuatkn ati ye syg..btw,ayh zaty pergi sbb sakit ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ayah masa pergi sihat je sya. cuma dia penat je. x cukup rest. jalam jem dari airport jeddah nak ke hotel sebab orang dah start wukuf. bila sampai je hotel. ayah naik lif dgn ibu. masa tu ayah dah terduduk. keluar lif ayah terus rebah. selepas mengucap. ayah pergi :')

      Padam
  8. Sabar ye syg..Kak pn turut sedih..Sebak hati ni..Arwah uncle close friend ayah tp kak sendiri x pernah jumpa arwah..Allah lebih menyayanginya..Doa selalu utk arwah ayah..Kak doakan arwah di tempatkan dlm golongan org beriman..Amin..InsyaAllah syg..

    BalasPadam
  9. zaty, be strong k.
    akak jumpe arwah last jumaat tu. akak tanya dia, x gi ek haji.. dia jawab.. xde la bie.. tau dia dapat gi haji pon ari isnin tu. cal, di x jawab. xlama pastu dia return call. masa minta maaf tu, akak rasa sayu sangat.. really miss arwah. kami kat opis rasa kosong sangat. rindu nak aminkan bila arwah baca doa..
    take care ye..

    BalasPadam
  10. Zaty, Sedihnyaa :'( Be Strong Dear.. nges akk bce.. :'(..Sesungguhnya ayah kamu sayang adalah di kalangan mereka yang bertuah :'((

    BalasPadam